Isteri maut ditikam suami

Iklan
Seorang isteri maut ditikam oleh suaminya dipercayai menggunakan senjata tajam di kediaman mereka di Gual Ipoh di sini pada Isnin.

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Seorang isteri maut ditikam suaminya dipercayai menggunakan senjata tajam di kediaman mereka di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mastura Abdullah, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan.

Iklan
Iklan

Suspek yang berusia 63 tahun itu dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh di sini kira-kira jam 1 petang.

Suspek dan mangsa sudah 14 tahun berkahwin dan mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 12 tahun.

Iklan

Mastura merupakan isteri ketiga suspek dan bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.