KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (KOTO) yang dikesan pada jam 11 pagi ini pada latitud 14.7 utara dan longitud 111.6 timur kira-kira 396 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam.
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan, ribut tersebut bergerak dalam keadaan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam (km/j).