Lelaki disyaki cabul remaja perempuan di PPS disambung reman

Iklan
Suspek berusia 21 tahun direman selepas disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah PPS di Bachok.

BACHOK - Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun semasa berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, Rabu lalu disambung reman selama tiga hari.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap ungu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak polis pada jam 9 pagi.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Suspek berusia 21 tahun disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun kira-kira jam 11 pagi.