Pelakon Gary Iskak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya

Iklan
Gary Iskak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada pagi Sabtu.

DUNIA hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Gary Iskak yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, pagi Sabtu.

Gary, 52, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Suyoto selepas terlibat dalam insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

Berita duka itu disahkan oleh ahli keluarganya menerusi kenyataan yang dikongsi di media sosial.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un. Telah berpulang ke Rahmatullah Mohamad Gary Iskak bin Irwan Santoso Iskak. Mohon dimaafkan segala kesalahan dan kekhilafan almarhum," menurut kenyataan keluarga seperti dilaporkan KOMPAS.com.

Iklan

Rakan artis yang juga anggota kumpulan Teamlo, Ade Jigo, turut memaklumkan mengenai kematian Gary di laman sosial.

Menurutnya, insiden itu dipercayai melibatkan kemalangan motosikal berkuasa tinggi, namun tiada butiran lanjut didedahkan setakat ini.

Iklan

Gary Iskak merupakan antara nama besar dalam industri perfileman Indonesia, terkenal menerusi lakonannya dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?, Ungu Violet, Merah Itu Cinta dan Pocong 3.

Berita pemergian pelakon berpengalaman ini meninggalkan kesan mendalam kepada peminat dan rakan industri yang mengenang bakat serta sumbangannya dalam dunia seni. - Awani