11 lelaki ingkar PKP ditahan
Iklan
Polis menahan lelaki ingkar PKP sekitar Manjung semalam. - Foto ihsan pembaca
MANJUNG - Polis menahan 11 lelaki selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melepak dan minum dalam kumpulan di tiga kawasan berasingan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kesemua individu berusia 24 hingga 67 tahun itu ditahan sekitar Sitiawan, Ayer Tawar dan Pangkor di sini.
Iklan
Iklan
"Dalam kejadian antara jam 8 malam hingga 2 pagi itu, mereka ditangkap kerana ingkar arahan dan enggan bekerjasama dengan pihak polis yang menjalankan rondaan PKP.
"Kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini dan dibenarkan direman selama empat hari sehingga 30 Mac bagi meneruskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Insiden serangan harimau: Penduduk takut, gesa tindakan segera elak kejadian berulang"><meta itemprop="description" content="Insiden serangan harimau: Penduduk takut, gesa tindakan segera elak kejadian berulang
Penduduk Kampung Bawong, Sungai Siput dilanda kebimbangan dan trauma susulan kejadian seorang lelaki maut diserang harimau ketika mencari hasil hutan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tok Batin Orang Asli Kampung Bawong, Jeffridi Abas berkata, kejadian itu merupakan insiden pertama seumpamanya berlaku di kampung berkenaan sepanjang hampir 13 tahun beliau memegang jawatan sebagai ketua masyarakat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805370/edisi/perak/insiden-serangan-harimau-penduduk-takut-gesa-tindakan-segera-elak-kejadian-berulang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesseranganharimau #SungaiSiput"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-20T02:00:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xby6sty"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xby6sty"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xby6sty"></script>