PRN Sabah: Semua ADUN Bebas beri sokongan bentuk kerajaan

Iklan
Armizan

KOTA KINABALU - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas dipercayai memberi sokongan dalam membentuk kerajaan Sabah.

Timbalan Setiausaha Agung, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya bersyukur kerajaan Sabah terbentuk.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan Sabah terbentuk dengan majoriti mudah dan mendapat sokongan ADUN termasuk semua ADUN bebas yang sebelum ini berada bersama kerajaan GRS.

"Syukur Alhamdulillah Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan dihadiri ADUN yang memberikan sokongan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Iklan

"Insya-ALLAH, GRS dan rakan-rakan parti dan semua ADUN Bebas, yang sebelum ini berada dalam GRS sama ada sebagai ADUN atau pimpinan parti sebelum pembubaran, akan bergerak segera menunaikan mandat dan amanah rakyat Sabah," katanya menerusi akaun Facebook pada Ahad.

Terdahulu, Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 3.10 pagi Ahad.

Iklan