[TIDAK RASMI] Penyokong bersorak, GRS mendahului di 29 kerusi

Iklan
Skrin paparan memaparkan GRS mendahului 29 kerusi semasa di pekarangan kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada Sabtu.

KOTA KINABALU – Suasana meriah tercetus apabila skrin paparan memaparkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului 29 kerusi semasa di pekarangan kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini.

Kelihatan penyokong GRS dan petugas media berkumpul di kawasan tersebut bagi menantikan keputusan awal, seterusnya keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Iklan
Iklan

Setakat ini, GRS berada di kedudukan teratas meninggalkan parti-parti lain dengan Parti Warisan (Warisan) memperoleh 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN) sebanyak enam kerusi, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima setakat jam 10 malam ini.

Selain itu, Pakatan Harapan (PH) mendahului di dua kerusi iaitu DUN Sindumin dan Melalap, manakala Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) masing-masing memperoleh satu kerusi, masing-masing di DUN Kadamaian, Paginatan dan Tambunan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, calon Bebas setakat ini mendahului di lima kerusi iaitu DUN Petagas, Kukusan, Tulid, Pintasan dan Bandau.