[TIDAK RASMI] PRN Sabah: Bung Moktar pertahan DUN Lamag

Iklan
Bung Moktar

KOTA KINABALU - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berdasarkan keputusan tidak rasmi jam 6.52 petang.

Ia adalah kemenangan pertama BN sejak pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang, Sabtu.

Iklan
Iklan

Pengerusi BN Sabah itu meraih 294 undi sekali gus berada di depan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Johainizamshah Johari yang menerima 239 undi.

Calon Bebas, Miha @ Mohd Ismail Ayob pula memperoleh 96 undi, diikuti Saifulah Lokman daripada Warisan yang mengutip 29 undi.

Iklan

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Mazlin Madali menerima enam undi dan calon Parti Impian Sabah (PIS), Salahuddin @ Salehuddin Anoi masih belum mencatat sebarang undi.

DUN Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar dengan 664 undi direkodkan setakat laporan ini dikeluarkan.

Iklan

Bung Moktar yang merupakan penyandang kerusi itu berdepan saingan enam penjuru pada pilihan raya kali ini.