KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului keputusan awal tidak rasmi dengan kemenangan di 10 kerusi, manakala Parti Warisan memperoleh enam kerusi.
Setakat jam 6.50 petang, kerusi yang dimenangi GRS ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi, Pintasan, Sulaman, Membakut, Karanaan, Kemabong, Sungai Manila, Apas, Sugut dan Labuk.