Mangsa banjir terus meningkat di enam negeri, Terengganu lebih 10,000 orang

Iklan
APM melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Beladau Selat, selepas kawasan itu ditenggelami banjir berikutan hujan lebat. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pada pagi Sabtu, manakala di Kedah, Kelantan dan Perlis merekodkan penurunan.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 10,399 orang daripada 3,188 keluarga setakat 8 pagi Sabtu, berbanding 8,909 orang daripada 2,742 keluarga malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Berdasarkan laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,517 orang daripada 669 keluarga yang berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS).

Diikuti Marang dengan 2,005 orang (560 keluarga) di 16 PPS, Kuala Terengganu sejumlah 1,633 orang (603 keluarga) di sembilan PPS dan Kuala Nerus sebanyak 1,633 orang (504 keluarga) di 15 PPS.

Iklan

Selain itu, di Setiu sebanyak 1,276 orang daripada 448 keluarga ditempatkan di 30 PPS, Dungun  708 orang (166 keluarga) di 10 PPS, Hulu Terengganu 596 orang (215 keluarga) di 14 PPS dan Besut 58 orang (22 keluarga) di enam PPS.

Menurut publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di 10 stesen di seluruh negeri itu melebihi paras bahaya.

Iklan

Antaranya Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1), Setiu; Sungai Kemaman di Rumah Paya Paman, Kemaman; Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun; Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Paka di Kampung Luit (F2), Dungun dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Setiu.