Bomba bantu ambil mayat wanita obesiti

Iklan
Mayat seorang wanita obesiti dianggarkan seberat 200 kilogram di Kampung Sungai Terah, Gua Musang pada malam Jumaat.

KOTA BHARU - Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang membantu polis mengambil mayat seorang wanita obesiti dianggarkan seberat 200 kilogram di Kampung Sungai Terah, Gua Musang, malam Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam dan operasi melibatkan sembilan anggota. 

Iklan
Iklan

“Bomba tiba di lokasi pada 9.03 malam dan operasi melibatkan wanita berusia 30 tahun yang meninggal dunia dalam rumah,” menurut kenyataan itu.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama 

Iklan
Iklan