Presiden Angkasa dipilih semula Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik
Iklan
Abdul Fattah (kanan) sekali lagi dipilih sebagai Naib Presiden ICA-AP dalam sesi pemilihan ahli lembaga pada 27 November di Sri Lanka.
PRESIDEN Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah sekali lagi dipilih sebagai Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (International Cooperative Alliance Asia and Pacific - ICA-AP) dalam sesi pemilihan ahli lembaganya pada 27 November lalu di Sri Lanka.
Pemilihan Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dibuat ketika Perhimpunan Serantau ICA-AP ke-17 yang menghimpunkan kepimpinan koperasi dari seluruh Asia Pasifik merangkumi lebih 30 buah negara sekali gus menjadikannya antara platform koperasi terpenting di rantau ini.
Iklan
Iklan
Pemilihan semula itu mengangkat pencapaian dan usaha konsisten beliau dalam memperkukuh jaringan koperasi, mengembangkan perdagangan koperasi-ke-koperasi (C-to-C), memperluas penyertaan belia dan wanita dalam gerakan koperasi serta memastikan koperasi kekal sebagai model ekonomi yang berdaya tahan, adil dan inklusif.
Dalam kenyataannya, Abdul Fattah menzahirkan penghargaan kepada negara anggota ICA-AP atas kepercayaan yang diberikan sambil menegaskan bahawa pemilihan tersebut merupakan amanah besar untuk mempertahankan kepentingan koperasi Malaysia di peringkat serantau.
Iklan
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini menyatakan setinggi penghargaan kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensinya serta semua pihak yang menyokong segala usaha yang dimainkan ANGKASA dalam memacu pertumbuhan gerakan koperasi baik di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.
Tambah beliau, koperasi semakin relevan dalam era dunia yang berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi dan jurang sosial.
Iklan
Pada masa sama, keyakinan yang diberikan negara anggota mencerminkan penghormatan terhadap visi Abdul Fattah serta rekod pencapaian yang telah meletakkan Malaysia sebagai antara peneraju utama pembangunan koperasi di peringkat Asia Pasifik.
Dengan mandat baharu ini, peranan Malaysia dalam memperkukuh keutuhan ekonomi koperasi serantau akan terus diperkasa.
Selain pemilihan semula Presiden ANGKASA sebagai Naib Presiden ICA-AP, Malaysia turut menerima dua lagi pengiktirafan antarabangsa penting melalui pemilihan semula tokoh utama dalam kepimpinan ANGKASA ke dalam struktur kepimpinan Jawatankuasa ICA-AP.
Timbalan Presiden ANGKASA, Profesor Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dilantik sebagai Pengerusi ICA-AP Committee on Agriculture & Environment (ICAE) dan dilantik semula sebagai Naib Pengerusi, ICA-AP Committee on Consumer Cooperation.
Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Che Mohd Shukree Che Isa pula telah dilantik semula sebagai Naib Pengerusi, ICA-AP Credit & Banking Committee, sebuah jawatankuasa yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem kredit koperasi serantau.
Dengan ketiga-tiga pelantikan itu Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh dalam mempengaruhi hala tuju dasar koperasi serantau sekali gus membuka lebih banyak pintu kepada kerjasama strategik, peluang perdagangan antarabangsa dan peningkatan kapasiti bagi koperasi tempatan.
ANGKASA juga melihat mandat itu sebagai peluang memposisikan Malaysia sebagai hab koperasi serantau dalam pelbagai sektor strategik dan yakin mandat tersebut akan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik dan peluang perdagangan rentas negara sekali gus memberi manfaat besar kepada gerakan koperasi dan jutaan anggota koperasi di seluruh Malaysia.
Terdahulu, perhimpunan serantau di Colombo, Sri Lanka yang diadakan bersempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 turut menekankan tema ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat (Cooperatives Build a Better World)’.
Sepanjang perhimpunan para delegasi menyertai pelbagai sesi forum, bengkel tematik, pertemuan peringkat tinggi serta dialog strategik bersama kerajaan, komuniti akademik dan organisasi antarabangsa.
Isu-isu global seperti keselamatan makanan, transformasi digital koperasi, ekonomi hijau, sistem kewangan koperasi, pembangunan belia, pemerkasaan komuniti dan kelestarian sosial menjadi perbincangan utama bagi meningkatkan daya saing koperasi di seluruh rantau Asia Pasifik.
Malaysia melalui ANGKASA memainkan peranan yang sangat aktif dalam platform ini, bukan sahaja memperkenalkan model Perdagangan C-2-C Malaysia tetapi juga mempamerkan kejayaan koperasi negara seperti koperasi pengguna, koperasi sekolah, koperasi kariah masjid, serta pembangunan produk koperasi yang kini menjadi perhatian banyak negara anggota.
Pelbagai sesi teknikal di persidangan tersebut turut menekankan kepentingan meluaskan pelaburan mampan, pemerkasaan inovasi digital, penggunaan teknologi baharu dalam pertanian dan pembangunan sistem pembayaran rentas sempadan untuk memudahkan perdagangan antarabangsa antara koperasi.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.