PRN Sabah: Permintaan tiket bas meningkat mendadak

Iklan
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan meningkat dua kali ganda

KOTA KINABALU – Jumlah penumpang bas dilaporkan meningkat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu.

Pengurus Syarikat Bas Sida Kota Kinabalu, Mohd Aripai Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima banyak panggilan telefon yang bertanyakan tentang kekosongan bas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peningkatan itu dipercayai berpunca daripada orang ramai yang pulang ke kampung untuk mengundi.

“Kami juga terpaksa menambah jumlah bas, antaranya ke Sandakan yang pada hari kebiasaannya hanya mempunyai lima perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dalam sehari.

Iklan

“Namun, hari ini kami terpaksa menambah kepada 12 perjalanan. Ia meningkat dua kali ganda,” katanya ketika ditemui di Terminal Bas Inanam pada Jumaat.

Orang ramai mula berkumpul seawal jam 11 pagi dan keadaan dijangka bertambah sesak pada waktu malam.

Iklan

Tambahnya, masih ramai yang cuba menempah tiket pulang, namun pihak mereka tidak lagi mampu menyediakan bas tambahan.

Tinjauan di terminal itu mendapati orang ramai mula berkumpul seawal jam 11 pagi dan keadaan dijangka bertambah sesak pada waktu malam.

Hari pengundian bagi PRN ke-17 Sabah ditetapkan bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang pada Sabtu.