Komik Superman edisi pertama dijumpai atas loteng terjual RM37 juta

Iklan
Naskhah Superman #1 itu diterbitkan pada tahun 1939. Foto: ForumAuctions/Bournemouth News/Shutterstock

WASHINGTON - Naskhah asli komik Superman edisi pertama tahun 1939 mencatat sejarah apabila terjual lebih AS$9 juta (RM37.1 juta) dalam acara lelongan Khamis lalu, lapor Anadolu Ajansi.

Heritage Auctions dalam kenyataan memaklumkan Superman #1" itu disifatkan sebagai 'kemuncak koleksi komik' sekali gus memecahkan rekod harga jualan sebelumnya iaitu AS$6 juta (RM24.8 juta).

Iklan
Iklan

Naskhah tersebut memperoleh gred CGC 9 daripada 10, penilaian tertinggi pernah diberikan untuk edisi ini yang melonjakkan nilainya di pasaran.

Komik berkenaan turut dianggap antara judul awal yang paling sukar ditemui dalam keadaan elok terpelihara.

Iklan

Komik berkenaan ditemui secara tidak sengaja dalam sebuah kotak di loteng oleh tiga beradik yang sedang mengemas rumah peninggalan ibu mereka di California Utara.

Mereka sebelum ini menganggap cerita si ibu tentang memiliki komik era 1930-an itu hanyalah sekadar cerita lama.

Iklan

Superman, yang dicipta pada tahun 1933 oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster, merupakan antara watak komik paling ikonik dunia.

Namun, kedua-dua penciptanya hanya menerima AS$130 (RM536.77) selepas menjual hak watak itu kepada DC Comics, selain dibayar AS$10 (RM41.30) setiap muka surat untuk karya asal mereka.