Gerakan persoal prestasi kerajaan tangani misi selamat rakyat di Thailand

Iklan
Dominic

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mempersoalkan prestasi kerajaan Madani menangani operasi menyelamat rakyat Malaysia yang terperangkap dalam bencana banjir besar di selatan Thailand.

Presidennya, Datuk Dominic Lau Hoe Chai mendakwa tindakan kerajaan itu lebih lemah berbanding pasukan bomba sukarela (VFC) kerana gagal memberikan respons segera terhadap mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, situasi tersebut menggambarkan komitmen yang tidak memuaskan.

“Saya mewakili Gerakan merakamkan penghargaan tertinggi kepada semua anggota pasukan bomba sukarela dari seluruh negara yang sanggup berangkat ke selatan Thailand untuk membantu misi menyelamat.

Iklan

"Mereka jauh lebih cekap dan berani berbanding kerajaan yang hanya pandai berkata-kata dan membuat janji kosong,” dakwanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dominic dalam pada turut menegur tindakan kerajaan yang hanya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Thailand semata-mata sedangkan pihak yang paling wajar menerima penghargaan adalah anggota bomba sukarela.

Iklan

"Mereka bertindak pantas, berkorban masa dan tenaga serta berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia ketika kerajaan lambat bertindak.

"Kerajaan sewajarnya menyediakan peruntukan tetap kepada pasukan yang aktif agar mereka dapat meningkatkan peralatan dan terus memberi sumbangan kepada masyarakat dengan lebih berkesan," tambahnya.

Justeru beliau berkata, kerajaan perlu melakukan post-mortem menyeluruh terhadap kelemahan operasi tersebut walaupun lebih 6,300 rakyat Malaysia telah berjaya diselamatkan.