Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun

Iklan
Banjir di Kelantan bertambah baik apabila jumlah mangsa menurun kepada 5,451 orang berbanding 10,950 pada Khamis.

KOTA BHARU - Banjir di negeri ini bertambah baik pada Jumaat apabila jumlah mangsa menurun kepada 5,451 orang berbanding 10,950 pada Khamis.

Setakat jam 10 pagi InfoBencanaJKM melaporkan Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang antara daerah yang masih terjejas.

Iklan
Iklan

"Kesemua 1,990 keluarga sedang berlindung di 40 buah pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lapan daerah," katanya.

Menurut InfoBencanaJKM lagi, daerah Tumpat kekal menjadi kawasan paling teruk terjejas apabila seramai 3,391 mangsa.

Iklan

Katanya, kesemua mangsa itu sedang mendapatkan pelindungan di 11 buah PPS.

"Di Bachok pula seramai 1,042 masih berlindung di PPS diikuti Machang (369) Pasir Mas (217), Kuala Krai (166) dan Gua Musang (7)," katanya

Iklan

Sementara itu, PublicInfoBanjir melaporkan, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jenob, Tanah Merah masih lagi melepasi paras amaran.

Sungai Galas di Gua Musang pula melepasi paras amaran.