Kejadian tembakan: Polis jumpa lima kesan tembakan, empat kelongsong peluru

Iklan
Azahar

SEREMBAN - Satu kes tembakan berlaku di sebuah rumah di Taman Bandar Seremban Selatan, di sini pada Khamis.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 2 pagi itu, tiada kecederaan dilaporkan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 1.53 petang daripada seorang lelaki.

"Anggota polis bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima panggilan MERS 999 daripada pengadu berusia 30-an yang memaklumkan kejadian tembakan pada kereta dan rumah di taman perumahan terbabit.

Iklan

"Ketika kejadian, penghuni rumah itu ada, tapi hanya menyedari kejadian berlaku pada waktu siang apabila ternampak kesan tembakan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, suspek dipercayai melepaskan tembakan dari luar rumah menggunakan senjata api disyaki jenis semi auto.

Iklan

Jelanya, pemeriksaan lanjut di lokasi menemui empat kelongsong peluru di atas jalan hadapan rumah dan lima kesan tembakan pada dinding, bingkai pintu, pintu, siling dan cermin kereta.

"Polis masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana yang terlibat dan siasatan menyeluruh sedang dilakukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,"katanya.

Azahar berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus talian Hotline IPD Seremban 06-6033222.