JIM tawar pasport ganti percuma mangsa banjir

Iklan
JIM menawarkan khidmat penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir. - Foto hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan khidmat penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) secara percuma kepada mangsa yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen itu akibat bencana banjir.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya menzahirkan keprihatinan terhadap kesukaran yang dialami mangsa bencana banjir di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif itu bertujuan memudahkan urusan mereka yang terjejas dan memastikan keperluan perjalanan serta urusan rasmi dapat diteruskan tanpa sebarang halangan.

"Mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat bencana banjir boleh mengemukakan permohonan penggantian pasport tanpa sebarang bayaran di mana-mana Pejabat JIM yang berdekatan.

Iklan

"Syarat bagi penggantian pasport percuma ini ialah pasport masih sah dan tidak kurang daripada enam bulan, membawa kad pengenalan dan pasport asal (sekiranya masih ada), menyerahkan salinan laporan polis (bagi kehilangan PMA) serta laporan pengesahan bencana banjir daripada pihak bomba atau pihak berkuasa tempatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zakaria

Iklan

Beliau berkata, sebarang pertanyaan lanjut boleh hadir ke pejabat imigresen berhampiran.

Jelasnya, JIM kekal komited memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

"Diharapkan inisiatif ini dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir dan membantu mereka kembali mengurus kehidupan harian dengan lebih mudah dan teratur," ujarnya.