Pelajar Tingkatan 4 ditemui pengsan dipercayai dipukul dalam tandas asrama

Iklan
Seorang pelajar tingkatan empat direman tiga hari untuk membantu siasatan memukul seorang pelajar hingga pengsan manakala tiga lagi dibebaskan oleh Mahkamah Sungai Petani pada Khamis.

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar tingkatan empat direman tiga hari bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang mendakwa dipukul sehingga pengsan di sebuah asrama sekolah di sini, awal pagi Isnin.

Mangsa ditemukan pengsan di dalam tandas sekolah oleh guru sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

Ibu mangsa kemudian dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah pada jam 9.05 pagi dan didapati terdapat kecederaan lebam di badan mangsa.

Seorang pelajar tingkatan empat direman tiga hari untuk membantu siasatan memukul seorang pelajar hingga pengsan manakala tiga lagi dibebaskan oleh Mahkamah Sungai Petani pada Khamis.

Iklan

Difahamkan, mangsa dipukul sekitar jam 12.10 tengah malam, dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang didakwa memburukkan seorang rakan kepada salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati seorang pelajar berang selepas mangsa dipercayai mengaibkan kawannya sebelum mengajak tiga lagi pelajar lain untuk mencari mangsa.

Iklan

Beliau berkata, empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan untuk siasatan.

Namun hanya seorang, iaitu pelajar tingkatan empat terbabit direman tiga hari manakala tiga lagi dibebaskan oleh Mahkamah Sungai Petani pada Khamis.

Menurutnya, kejadian itu merupakan kes pertama seumpamanya di asrama berkenaan dan tiada rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.