WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan pada Rabu bahawa beliau tidak akan menjemput Afrika Selatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) tahun depan di Amerika Syarikat, menurut hantaran di platform Truth Social beliau, lapor agensi berita Jerman dpa.
Trump sekali lagi menuduh Afrika Selatan melakukan"pembunuhan beramai-ramai” terhadap petani kulit putih, dakwaan yang disangkal keras oleh pakar serta kerajaan Afrika Selatan.