Pemeriksaan kesihatan Covid-19 di Pasar Borong KL

Iklan
Pasar borong kawasan berisiko penularan Covid-19 kerana menjadi tempat tumpuan awam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pemeriksaan kesihatan koronavirus (Covid-19) dilaksanakan di Pasar Borong Kuala Lumpur selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Unit media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan tiga sesi pemeriksaan dilakukan setiap hari iaitu pada jam 12 tengah malam hingga 8 pagi, 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Semua kereta dan lori yang masuk ke Pasar Borong KL akan disaring dengan pemeriksaan suhu.

"Jika didapati suhu melebihi 37.5 Celcius, kerja semburan atau disinfeksi akan dilakukan. Topeng muka akan diberikan sebelum mereka boleh berurus niaga atau meletakkan ikan, sayur atau buah ke pasar borong," menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Iklan

Kenyataan menyebut, bagi pelanggan yang suhunya melebihi 37.5 Celcius akan dihalang masuk ke kawasan itu.

"DBKL juga akan mengawal dan mengehadkan bilangan pembeli pada satu-satu masa. Kita akan mengurus laluan masuk supaya tidak sesak," katanya.

Iklan