JDT rebah di Melbourne

Iklan
Kesebelasan JDT - Foto Johor Southern Tigers

HASRAT Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang tiga mata berharga tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Melbourne City FC pada aksi Liga Juara-Juara AFC (ACLE) di Stadium Rectangular Melbourne pada petang Selasa.

Skuad Harimau Selatan itu dikejutkan seawal minit ketiga oleh jaringan pemain berusia 20 tahun, Max Caputo.

Iklan
Iklan

Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan pelawat mula bangkit menyusun asakan dalam usaha memburu jaringan penyamaan.

Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang pertahanan skuad City Blues itu untuk kedudukan kekal menuju bilik persalinan.

Iklan

Babak kedua menyaksikan JDT mula menggandakan asakan dalam usaha memburu jaringan.

Namun, skuad kendalian Xisco Munoz itu dilihat masih gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah.

Iklan

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan kelebihan satu jaringan memihak tuan rumah, pemain gantian berusia 18 tahun kelahiran Albania, Medin Memeti menjaringkan gol kedua yang memuktamadkan kemenangan skuad City Blues itu.