Remaja 14 tahun bakar rumah kerana mahu telefon bimbit baharu

Iklan
Tindakannya telah menyebabkan unit kediaman keluarganya musnah. - Foto Agensi

SEOUL - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun tergamak membakar rumah keluarganya hanya kerana ibu bapanya tidak membelikan telefon bimbit baharu.

Menurut The Korea Herald, kejadian itu berlaku di blok kediaman di bandar utara Gwangju pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Dia bertindak demikian sebagai tanda protes. Remaja itu membakar sehelai selimut kecil menggunakan pemetik api di dalam biliknya.

"Ketika disoal siasat, remaja itu mengaku dia berang kerana ibu bapanya tidak membenarkannya bertukar kepada model telefon baharu yang boleh mengakses media sosial," jelas laporan tersebut.

Iklan

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran yang telah memusnahkan unit kediaman keluarganya.

Kira-kira 17 penduduk di blok sama turut mendapatkan rawatan di hospital kerana terhidu asap tebal.

Iklan

Difahamkan, pihak berkuasa pada mulanya mengeluarkan waran tangkap terhadap pelaku, namun Mahkamah Daerah Gwangju menolak langkah tersebut atas alasan kes tersebut berada di bawah Akta Juvana. - Agensi