Bas ekspres bawa 19 penumpang terbakar

Iklan
Anggota bomba melakukan semburan penyejukkan ke bahagian enjin bas yang terbakar bagi mengelak kebakaran berulang. Foto: JBPM Pahang

KUANTAN - Penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas dinaiki terbakar di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) berhampiran Kampung Lurah Bilut, Raub pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kejadian dilaporkan jam 4.41 petang itu semua 19 penumpang termasuk pemandu selamat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kebakaran pada bahagian enjin bas itu dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

"Seramai tujuh anggota bersama pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub ke lokasi untuk bantuan.

Iklan

"Kerja-kerja penyejukkan menggunakan aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba telah dilakukan bagi mengelakkan kebakaran berulang," katanya.

Zulfadli berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan jam 5.24 petang," ujarnya.

Iklan