Amaran bahaya hujan berterusan di Kelantan, Terengganu - MetMalaysia

Iklan
Amaran hujan berterusan (bahaya) yang dijangka berterusan sehingga esok, membabitkan beberapa daerah di Kelantan dan Besut di Terengganu. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) yang dijangka berterusan sehingga esok, membabitkan beberapa daerah di Kelantan dan Besut di Terengganu.

Menurut kenyataan MetMalaysia, daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh manakala Besut di Terengganu turut berada dalam amaran sama.

Iklan
Iklan

Selain itu, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan sehingga 26 November ini bagi seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama).

Ia termasuk Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) serta Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Iklan

Bagi tahap waspada, beberapa daerah di Perak (Hulu Perak, Manjung), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut serta Kuantan) dijangka mengalami hujan berterusan dalam tempoh sama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi MetMalaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui hotline 1-300-22-1638. - Bernama

Iklan