Proses undi awal di IPD Kota Belud berjalan lancar

Iklan
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain, turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

KOTA BELUD - Proses undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah, pada Selasa berjalan lancar.

Tinjauan Sinar Harian di Dewan Seri Nabalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud mendapati, seawal jam 7.30 pagi anggota polis dan petugas pengurusan sudah mula berbaris bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, proses pengundian hanya dimulakan pada jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain, turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Iklan
Arfarizam selesai membuang undi kira-kira jam 8.05 pagi.

Individu pertama membuang undi di pusat undi awal itu ialah Inspektor Arfarizam Berahim, 46 tahun, yang selesai membuang undi kira-kira jam 8.05 pagi.

Menurutnya, kali ini merupakan kali kelima beliau mengundi.

Iklan

"Kali ini merupakan kali kelima saya mengundi dan keadaan perjalanan pengundian berbeza dengan sebelum ini.

"Proses kami mengundi sangat lancar dan mudah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud pada Selasa.

Difahamkan seramai 193 pengundi awal berdaftar bagi pusat mengundi berkenaan dan pembuangan undi ditutup pada jam 5 petang.