Arsenal tidak akan perlahankan rentak buru kejuaraan EPL

Iklan
Mikel Arteta

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memberi amaran kepada pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa pasukannya tidak akan sesekali memperlahankan rentak meskipun kini selesa memimpin takhta liga dengan kelebihan enam mata selepas membelasah Tottenham Hotspur.

Dalam aksi Derbi London Utara yang berlangsung di Stadium Emirates itu, The Gunners mempamerkan penguasaan mutlak menerusi kemenangan bergaya 4-1 hasil inspirasi hatrik memukau daripada bintang sensasi, Eberechi Eze.

Iklan
Iklan

Kemenangan tersebut meletakkan Arsenal dalam kedudukan dominan dalam perebutan kejuaraan, terutamanya selepas dua pesaing utama, Liverpool dan Manchester City masing-masing mengalami kekalahan mengejut pada Sabtu.

Begitupun, Arteta yang cukup masak dengan sepak terajang EPL enggan mendabik dada.

Iklan

Mengambil iktibar daripada kegagalan apabila sekadar bergelar naib juara untuk tiga musim berturut-turut, pengendali dari Sepanyol itu menegaskan pasukannya tidak akan terbuai dengan kedudukan semasa.

"Dalam liga ini? Tidak banyak maknanya (mendahului liga dengan enam mata).

Iklan

"Kami beraksi dengan sangat baik. Kami konsisten dan itu sahaja. Jika anda melihat kepada keputusan perlawanan, sama ada menang atau kalah, perbezaan skor dan apa yang sebenarnya berlaku di atas padang adalah sangat kecil," katanya.