Manifesto GRS yakinkan pengundi Sungai Manila, sokongan meningkat – Hazem

Iklan
Hazem (dua dari kanan) berkata, sokongan jelas dilihat melalui sambutan rakyat pada setiap program dianjurkan GRS.

SANDAKAN – Selepas lebih seminggu berkempen, momentum sokongan rakyat terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila terus menunjukkan perkembangan positif.

Calonnya, Hazem Mubarak Tun Musa berkata, peningkatan sokongan itu diperkukuhkan lagi dengan pembentangan manifesto GRS yang diumumkan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, indikator sokongan jelas dilihat melalui sambutan rakyat pada setiap program dianjurkan GRS.

"Sambutan yang diberikan oleh rakyat pada setiap kempen kami meningkat. Keadaan itu menyuntik semangat kami untuk terus berusaha memenangi DUN Sungai Manila.

Iklan

"Saya akan memastikan Sungai Manila menjadi penyumbang kerusi buat GRS membentuk kerajaan Sabah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hazem berkata, manifesto GRS membuktikan komitmen gabungan itu dalam membela nasib rakyat.

Iklan

"Rakyat perlu memilih GRS bagi membolehkan kesinambungan pembangunan diteruskan.

"Manifesto GRS merupakan perkara yang bermakna untuk rakyat," katanya.

Beliau menjelaskan, antara tawaran penting ialah pemberian wang pendahuluan atau deposit kepada belia bagi memiliki rumah berharga RM500,000, serta bantuan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

"Kedua-duanya akan dilaksanakan pada tahun depan dan untuk memastikan ia dinikmati rakyat, wajar mengekalkan GRS sebagai pemerintah. Perkara seumpama tidak dilakukan oleh parti lain kecuali GRS," katanya.

Justeru, beliau berharap rakyat Sabah terus memberikan sokongan kepada GRS bagi memastikan kesinambungan program pembangunan yang sedang dan bakal dilaksanakan.