PRN Sabah: Tiada arahan sokong GRS atau BN - Fuziah

Iklan
Fuziah

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberikan sebarang arahan kepada ahlinya di Sabah mengenai pihak mana yang perlu disokong di kawasan yang mempunyai kedua-dua calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kepimpinan pusat akan menentukan calon mana yang perlu disokong apabila tiba masanya.

Iklan
Iklan

"Pada ketika ini, tiada arahan secara menyeluruh. Kami melakukannya mengikut kes berdasarkan siapa yang lebih berpeluang menang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 di sini pada Isnin. 

Media melaporkan sebuah cawangan PKR telah menyatakan sokongan untuk calon BN di kerusi Tempasuk yang turut direbut calon GRS.

Iklan

Hari mengundi PRN Sabah ditetapkan pada 29 November ini manakala pengundian awal pada 25 November. - Bernama 

 

Iklan