Kempen minggu pertama PRN Sabah dingin - Penganalisis
Iklan
Kempen minggu pertama PRN Sabah ke-17 sejak hari penamaan calon Sabtu lalu, disifatkan dingin. Gambar kecil: Syahruddin
SHAH ALAM - Kempen minggu pertama PRN Sabah ke-17 sejak hari penamaan calon Sabtu lalu, disifatkan dingin dengan calon baharu masih mencari rentak dengan giat bertemu pengundi.
Iklan
Iklan
Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata, bahang proses demokrasi itu kurang dirasai meskipun perang poster, bendera dan papan iklan rancak di setiap kawasan.
“Mood pengundi sebenarnya masih sederhana, tidak teruja untuk PRN kali ini walaupun ledakan pelbagai isu di media sosial malah, khemah-khemah parti lebih 80 peratus hanya dikunjungi ahli parti, pimpinan dan bukannya rakyat di kawasan-kawasan berkenaan.
Iklan
“Semangat di media sosial itu tidak selari dengan di lapangan. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, rakyat mungkin melihat kempen secara siaran langsung namun, itu tidak menjamin bahawa sambutan minggu pertama adalah memberangsangkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Penyelidik Unit Kajian Elektoral dan Geopolitik Borneo (GeoPES) itu berkata, pemerhatian yang dijalankan mendapati tiada satu parti sama ada nasional atau lokal yang begitu menonjol dalam kempen itu.
Iklan
“Tiada satu parti mendahului antara satu sama lain setakat ini. Apabila tanya kepada orang awam, mereka lebih banyak memikirkan perjuangan nasib hidup setiap hari, muak dengan janji yang dikitar semula seperti isu air, elektrik dan sebagainya.
“Selain itu, tiada parti yang mempunyai faktor wow untuk meletakkan mereka layak dipilih selain tiada tokoh pimpinan yang ditonjolkan bakal menjadi ketua menteri Sabah,” katanya.
Syahruddin berkata, jentera parti dijangka akan mula menggerakkan kempen ke tahap tinggi pada minggu kedua dengan mula mencerakinkan tawaran masing-masing selepas pengumuman manifesto.
“Sekiranya suasana pilihan raya masih ditakat 'suam-suam kuku' pada minggu terakhir kempen, peratusan keluar mengundi mungkin kekal rendah sekitar 60 peratus,” katanya
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>