Buaya sesat muncul di Empang 25, Duyong

Iklan
Seekor buaya sesat dilaporkan muncul di kawasan Empang 25, Duyong pada Ahad.

MELAKA - Seekor buaya sesat dilaporkan muncul di kawasan Empang 25, Duyong, dipercayai akibat paras air sungai yang meningkat susulan hujan lebat sejak petang Ahad.

Menerusi perkongsian di Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memaklumkan pasukan bomba yang berada di lokasi berjaya menghalau haiwan berkenaan kembali ke sungai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menasihati orang ramai yang melalui kawasan tersebut supaya berhati-hati, sementara tindakan susulan sedang diatur pihak berkuasa.

Iklan

 

 

Iklan