KOTA BHARU - Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bachok dan Tumpat terpaksa menutup operasinya pada Ahad.
Tindakan itu susulan rumah kakitangan agensi itu ditenggelami banjir menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugas.
Iklan
Iklan
Pengarah Jabatan Pendaftaran negeri, Halimatusaadiah Ramli berkata, operasi di kedua-dua pejabat itu ditutup pada Ahad sahaja.
"Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Iklan
Notis penutupan JPN Daerah Bachok dan Tumpat yang terpaksa menutup operasinya pada Ahad susulan hujan lebat sejak Sabtu.
Menurut beliau, operasi di kedua-dua pejabat itu terpaksa ditutup selepas laluan masuk ke pejabat tersebut turut dinaiki air.
Iklan
Halimatusaadiah berkata, orang ramai diminta mengunjungi Pejabat JPN berdekatan atau menghubungi talian 09-7441717 atau 09-7482793.