YAN - Kematian Muhammad Izhar Adnan, 10, akibat dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal bersama rakan pada Sabtu merupakan kehilangan besar buat Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka Yan.
Pengerusi masjid, Muhamad Nasir Ahmad berkata, selain tidak ketinggalan ke masjid pada setiap waktu solat, Muhammad Izhar juga banyak membantu tugasan lain termasuk merakam video bagi tujuan meraih dana naik taraf masjid.