Kedah harap KKM pertimbangkan stok antibisa ubur-ubur di Langkawi

Iklan
Mohd Salleh ketika menemui ibu bapa kepada kanak-kanak maut akibat sengatan ubur-ubur.

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan keperluan bagi menyediakan antibisa penawar sengatan ubur-ubur di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, meskipun kes itu tidak kerap berlaku namun penawar berkenaan perlu disediakan memandangkan Langkawi memiliki kawasan pantai yang luas.

Iklan
Iklan

"Saya berjumpa dengan Exco Kesihatan di Kedah terutama di Hospital Sultanah Maliha tidak ada anti venom (penawar) ini yang ada di Sabah, kita akan panjangkan ke KKM.

"Sebab Langkawi juga kawasan pantai seperti mana di Sabah... dan ini lah apabila berlaku kes macam ini walaupun kes terpencil tetapi... kita tetap pandang serius untuk melihat semua aspek untuk memastikan keselamatan pelancong dan juga pelawat yang datang," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Mohd Salleh bertemu ibu bapa kepada kanak-kanak Rusia yang maut terkena sengatan ubur-ubur kotak Rabu lalu, ketika mandi di Pantai Cenang.

Iklan

Beliau berkata, perjumpaan bersama kesemua agensi terlibat juga akan diadakan pada 24 November ini bagi membincangkan secara khusus tentang keselamatan pantai.

Terdahulu, Vladimir Lakubanets berusia dua tahun disahkan meninggal dunia di HSB selepas lima hari menerima rawatan akibat sengatan ubur-ubur terbabit.