Perhilitan terima laporan kehadiran harimau di Hulu Tembeling

Iklan
Sebelum ini, sebuah video berdurasi lebih satu minit tular di media sosial memaparkan harimau belang yang sedang berkeliaran dilihat penduduk di kawasan berhampiran Kampung Bantal, Hulu Tembeling.

KUANTAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan menerima laporan kehadiran seekor harimau belang di sebuah ladang di Hulu Tembeling, Jerantut.

Pengarahnya, Rozidan Md Yasin berkata maklumat diterima pada Selasa lepas dan lapan petugas Perhilitan telah ke lapangan keesokan hari untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Hasil pemantauan tiga hari, kita dapat mengesahkan kehadiran harimau itu dan Perhilitan telah mengambil tindakan memasang perangkap kamera di sekitar kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, Perhilitan akan terus melakukan pemantau dan komuniti sekitar lokasi itu dinasihatkan untuk menjaga keselamatan serta diminta melaporkan segera jika melihat kehadiran haiwan tersebut.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, sebuah video berdurasi lebih satu minit tular di media sosial memaparkan harimau belang yang sedang berkeliaran dilihat penduduk di kawasan berhampiran Kampung Bantal, Hulu Tembeling. - Bernama