Juruterbang maut jet pejuang terhempas ketika pertunjukan udara

Iklan
Pesawat pejuang buatan India, Tejas, ketika pertunjukan sewaktu Pameran Udara Dubai semalam. - AGENSI

DUBAI - Pesawat pejuang Tejas buatan India terhempas semasa pertunjukan Pameran Udara Dubai 2025 pada Jumaat, sekali gus mengorbankan juruterbangnya, menurut Tentera Udara India (IAF).

Menerusi satu rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan asap hitam menyelubungi kawasan pesawat berkenaan terhempas.

Iklan
Iklan

"Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat dan mengenal pasti punca kemalangan ini," kata IAF dalam kenyataan.

Kemalangan itu merupakan insiden kedua melibatkan pesawat pejuang Tejas yang dikuasakan enjin General Electric GE.N.

Iklan

Ia merupakan komponen penting dalam usaha India memodenkan armada udara negara itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada pesawat pejuang Rusia.

Pesawat berkenaan terhempas kira-kira satu batu (1.6 kilometer) dari tapak pertunjukan, yang ketika itu dipenuhi pesawat, helikopter dan pelbagai aset lain dalam pameran statik.

Iklan

Video yang tular di media sosial menunjukkan pesawat berkenaan menjunam ke tanah sebelum meletup sebaik terhempas.

Asap tebal kelihatan berkepul dari lokasi nahas ketika kenderaan kecemasan bergegas menuju ke kawasan itu.

Insiden berkenaan berlaku pada awal sesi pertunjukan udara harian yang menampilkan aksi seperti barrel roll, loop dan demonstrasi akrobatik lain.

Pertunjukan tersebut bagaimanapun diteruskan selepas itu.

Tejas direka dan dibina di India, mula ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Udara India pada 2016.

Nahas pada Jumaat itu dipercayai merupakan insiden pertama dalam sejarah Pameran Udara Dubai sejak ia mula dianjurkan pada 1986.- AGENSI

habis//