DHAKA - Sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila pagar penghadang sebuah bangunan runtuh selepas gempa bumi kuat melanda kawasan Koshaituli, Dhaka pada Jumaat, lapor United News of Bangladesh (UNB).
Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Lalbagh Polis Metropolitan Dhaka, Mallik Ahsan Uddin Sami berkata, identiti mangsa belum dapat disahkan.