Ijazah Pengurusan Halal ditawar di UniSIRAJ tahun hadapan

Iklan
TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan beramah mesra bersama warga UniSIRAJ pada Majlis Pemasyhuran UniSIRAJ baru-baru ini. Foto Bernama

PROGRAM Sarjana Muamalat dan Kewangan Islam serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Halal antara program baharu ditawarkan di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) pada Februari tahun depan.

Naib Canselor UniSIRAJ, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, pada masa ini pihak universiti masih menunggu kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menawarkan program berkenaan.

Iklan
Iklan

Turut berangkat pada istiadat konvokesyen sehari itu Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniSIRAJ Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Seramai 361 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing sekali gus menjadi kumpulan pertama bergraduasi di bawah nama UniSIRAJ selepas pemasyhuran universiti itu disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Iklan
Iklan

UniSIRAJ dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sebelum dinaik taraf menjadi universiti. - Bernama