SPRM tahan pegawai penyiasat disyaki minta rasuah

Iklan
SPRM menahan reman seorang anggota penguat kuasa untuk siasatan kes rasuah. Foto SPRM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai penyiasat agensi penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan untuk menolong melepaskan individu daripada tindakan undang-undang kes penyalahgunaan dadah.

Reman terhadap anggota terbabit dibenarkan selama tiga hari sehingga Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an telah ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 3.30 petang Rabu.

Suspek dipercayai meminta wang RM3,000 daripada seorang individu untuk melepaskan abangnya daripada kes penyalahgunaan dadah.

Iklan

"Suspek dipercayai telah meminta wang kira-kira RM3,000 daripada seorang individu yang datang berjumpa dengannya pada 18 November lalu susulan tangkapan melibatkan abangnya dalam satu kes penyalahgunaan dadah.

"Keesokannya, suspek telah mengarahkan individu terbabit untuk datang dengan membawa wang kira-kira RM1,500 serta mengambil abangnya yang ditahan sebelum itu," katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.