KUALA LUMPUR - Malaysia melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik bagi produk negara memasuki pasaran Afrika, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Dalam catatan di laman X, beliau berkata, penilaian itu dibuat susulan pertemuan antara delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali, yang menyaksikan kedua-dua negara bersetuju memperkukuh hubungan perdagangan dua hala.