Mydin perkasa produk tempatan menerusi kempen 'Lokal Lagi Gempak'
Iklan
Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh (kiri) dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin pada pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 'Lokal Lagi Gempak' di Mydin Subang Jaya pada Khamis.
MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) meneruskan komitmen memperkasa produk buatan Malaysia menerusi kempen 'Lokal Lagi Gempak' bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Iklan
Iklan
Kempen tersebut menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik bagi menggalakkan pengguna menyokong serta membeli produk keluaran tempatan selain memperkukuh kedudukan usahawan tempatan di pasaran runcit.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, usaha memartabatkan produk tempatan menjadi sebahagian keutamaan perniagaan syarikat sejak sekian lama.
Iklan
"Kami memberi peluang sama rata kepada semua usahawan tempatan tanpa mengira saiz perniagaan.
"Yang penting adalah kualiti produk dan kemampuan memenuhi permintaan pelanggan," katanya pada majlis pelancaran KBBM 2025 'Lokal Lagi Gempak' yang disempurnakan Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh di Mydin Subang Jaya pada Khamis.
Iklan
Tambah beliau, dengan objektif meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti dan nilai produk tempatan, pihaknya turut menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus bagi produk tempatan khususnya IKS dan PMKS.
Sementara itu, Fuziah berkata, inisiatif 'Lokal Lagi Gempak' di bawah KBBM ini membuktikan komitmen Mydin membantu kerajaan memperluas capaian dan kebolehpasaran produk tempatan.
"Selain menyediakan ruang pasaran, Mydin turut berperanan sebagai saluran komunikasi dan promosi yang berkesan dalam mengetengahkan produk tempatan kepada pengguna sekali gus menyokong usahawan tempatan untuk menembusi pasaran lebih luas," katanya.
Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh (kiri) dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin pada pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 'Lokal Lagi Gempak' di Mydin Subang Jaya pada Khamis.
Menurutnya lagi, sejajar usaha tersebut, KBBM 2025 diteruskan melalui kerjasama strategik dengan 18 rakan industri termasuk pasar raya besar serta tiga platform e-dagang.
"Kerjasama ini menjadi kesinambungan kepada sokongan yang diberikan sebelum ini dan merupakan pemangkin kepada kejayaan KBBM,hasil pelaksanaan inisiatif strategik bersama rakan industri dalam rangkaian peruncitan fizikal dan platform pemasaran dalam talian.
Pada majlis sama, 20 syarikat menerima Sijil Penghargaan Rakan Strategik IKS Mydin sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam memasarkan produk tempatan.
Sebagai sebahagian daripada kempen, Karnival Jualan 'Lokal Lagi Gempak' berlangsung di Mydin USJ mulai 20 hingga 23 November 2025 dengan penyertaan pelbagai usahawan tempatan yang mempamer dan menjual produk mereka terus kepada pengguna.
Sementara itu, kempen 'Lokal Lagi Gempak' berlangsung di semua cawangan Mydin seluruh negara sehingga 31 Disember 2025.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.