KUALA KRAI – Polis meminta orang ramai untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Mohd Maizan Mustaffa berkata, remaja yang dikenali sebagai Nur Danisha Amira Muhammad Arif itu berkulit sawo matang dan berbadan kurus.
Iklan
Iklan
"Ketinggian dan pakaian terakhir yang dipakai bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
"Kami mohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit supaya segera menghubungi talian 019-3433523," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujar beliau, pihaknya juga meminta orang ramai melaporkan perkara tersebut di mana-mana balai polis berdekatan.