Duda 16 rekod jenayah ditahan pecah masuk Pejabat Daerah Tangkak

Iklan
Suspek berusia 28 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Tasek Puteri, Rawang. Gambar hiasan

TANGKAK – Seorang lelaki yang mempunyai 16 rekod lampau diberkas polis pada Rabu berhubung kes pecah masuk Pejabat Majlis Daerah Tangkak (MDT) yang tular bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di sebuah pangsapuri di Bandar Tasek Puteri, Rawang pada jam 4.05 petang.

Iklan
Iklan

"Suspek yang berusia 28 tahun ditahan pada jam 4.05 petang. Suspek mempunyai 16 rekod lampau, termasuk beberapa kes pecah rumah dan curi.

"Suspek juga merupakan orang bebas bersyarat (parol) yang melarikan diri sejak 4 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Roslan

Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek sudah berkahwin namun sudah bercerai.

Iklan

"Lelaki itu sekarang tinggal dengan seorang wanita di sebuah rumah pangsa di Rawang.

"Suspek bukan penagih dadah namun aktif melakukan pecah rumah, pejabat, bangunan kedai dan curi motorsikal," ujarnya.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Pada 28 Oktober lalu, tular video memaparkan seorang lelaki pecah masuk pejabat MDT pada jam 5 pagi.

Roslan dilaporkan berkata, kejadian tersebut dirakamkan kamera litar tutup (CCTV) di pejabat berkenaan.