LBS capai Piawaian Emas di Anugerah Malaysia’s Best Managed Companies 2025
Iklan
Hock Guan (kanan) menerima Anugerah Piawaian Emas daripada Ketua Pertumbuhan Deloitte Asia Tenggara, James Walton ketika Majlis Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Asia Tenggara 2025.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) dianugerahkan status Piawaian Emas di Anugerah Malaysia’s Best Managed Companies 2025 anjuran Deloitte Private sekali gus menandakan kemenangan kali keempat berturut-turut.
Anugerah berprestij itu mengiktiraf syarikat-syarikat Malaysia yang menunjukkan kecemerlangan berterusan dalam strategi, budaya korporat, keupayaan strategik dan tadbir urus kukuh.
Iklan
Iklan
Pemenang dipilih melalui penilaian panel pakar industri dan diiktiraf secara meluas dalam komuniti perniagaan dan pelaburan.
LBS menegaskan bahawa anugerah itu menyerlahkan kejayaan berterusan dalam operasi, inovasi, kekukuhan kewangan dan pertumbuhan mampan, berpaksikan strategi 8 x 8 yang merangkumi penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) menyeluruh serta pemantauan kepimpinan aktif.
Iklan
“Pelan ini dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun, menilai projek berdasarkan permintaan pasaran, kesiapsiagaan pembangunan, kepatuhan ESG dan potensi pulangan kewangan. Ia turut merangkumi pengoptimuman bank tanah secara strategik, yang menyokong rangkaian projek GDV berjumlah RM8 bilion bagi 2025 hingga 2027,” kata LBS menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Prestasi kewangan kumpulan yang mantap turut mengukuhkan keupayaannya melaksanakan strategi secara berkesan.
Iklan
Dinilai pada penarafan AA-IS oleh MARC Ratings Berhad, program perintis ASEAN Social Sri Sukuk Wakalah itu telah melebihi langganan bagi kedua-dua dan menerima pengiktirafan di peringkat global, termasuk anugerah Malaysia Deal of the Year dalam Islamic Finance News Deal of The Year 2024 Awards serta Best ASEAN Social Sukuk di The Asset Triple A Sustainable Finance Awards 2025.
Pencapaian itu sekali gus membuktikan keupayaan LBS dalam membiayai projek-projeknya dengan berkesan sambil menzahirkan komitmen teguh terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Didorong oleh komitmen terhadap kelestarian dan inovasi, LBS telah membangunkan ladang solar berkapasiti 43MWp di Senawang, sebuah projek yang secara langsung menyokong agenda tenaga nasional Malaysia.
Ladang solar itu dijangka menjana lebih 53,000MWh tenaga bersih setiap tahun, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 35,000 tan CO₂ serta mewujudkan peluang pendapatan berulang.
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LBS, Datuk Joey Lim Hock Guan berkata, LBS berbesar hati di atas pengiktirafan itu yang menandakan kemenangan syarikat untuk tahun keempat berturut-turut.
“Pencapaian ini merupakan bukti dedikasi seluruh warga LBS serta keberkesanan strategi yang dilaksanakan. Lebih daripada sekadar anugerah, pengiktirafan ini merupakan pengesahan terhadap hala tuju korporat LBS yang berteraskan lima pembeza utama memacu kecemerlangan operasi dan inovasi, membina tenaga kerja yang kukuh serta berdaya saing,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim berkata, prestasi kukuh kumpulan didorong oleh budaya korporat proaktif dan inklusif seperti kempen On The Move dan program Get To Know Your Bosses yang membuka ruang untuk kepimpinan dan inovasi.
Dengan pencapaian kemenangan kali keempat berturut-turut dan mencapai Piawaian Emas, LBS meletakkan kedudukannya sebagai salah sebuah pemaju yang paling dipercayai dan bersedia menghadapi masa depan di Malaysia.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.