Pekerja majlis perbandaran jumpa jongkong emas ketika potong rumput

Iklan
Beberapa jongkong emas ditemui pekerja majlis perbandaran di Bannewitz, selatan Dresden. Foto: NF

BERLIN – Seorang pekerja majlis perbandaran di Jerman tidak menyangka tugas rutin memotong rumput di sebuah kolam tadahan air membawa kepada penemuan lapan jongkong emas.

Memetik laporan Metro UK, penemuan di Bannewitz, selatan Dresden itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa sebelum pegawai bertugas menemui dua lagi jongkong di lokasi sama.

Iklan
Iklan

Polis menganggarkan keseluruhan 10 jongkong emas itu bernilai lebih 30,000 euro (lebih kurang RM144,000).

Menurut laporan penyiar tempatan, MDR setiap jongkong mempunyai berat 28.34 gram.

Iklan

Justeru, polis yang mengesahkan penemuan berkenaan pada Jumaat sedang menyiasat sama ada jongkong tersebut mempunyai kaitan dengan kes pecah rumah atau penipuan.

Setakat ini, tiada rekod menunjukkan ia berkaitan dengan mana-mana kes jenayah.

Iklan

Nombor siri tertera pada jongkong akan digunakan untuk mengesan pemilik sebenar.

Kesemua jongkong emas itu kini disimpan di lokasi selamat di Ibu Pejabat Polis Dresden.

Sementara itu, jurucakap polis Dresden, Marko Laske berkata, kes seumpama itu amat luar biasa.

"Saya tidak pernah berdepan kes seperti ini dalam tempoh lebih 20 tahun.

"Penemuan jongkong emas yang diserahkan sebagai harta jumpaan sangat jarang berlaku," katanya.

Jika tiada individu tampil menuntut dalam tempoh enam bulan dan polis mengesahkan tiada unsur jenayah, jongkong itu akan diserahkan kembali kepada pihak majlis perbandaran untuk keputusan seterusnya.

Datuk Bandar Bannewitz, Heiko Wersig berkata, beliau mahu melihat jongkong emas itu disalurkan kepada kelab atau persatuan tempatan sekiranya ia diserahkan kepada mereka.

Tambahnya, beliau hampir tidak percaya ketika dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.