Serangan Israel ke atas Gaza ragut 28 nyawa, majoriti mangsa wanita dan kanak-kanak

Iklan
Serangan dilaporkan tertumpu di Bandaraya Gaza dan Khan Younis.

GAZA - Serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan Gaza awal pagi Khamis telah meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa, menurut sumber hospital tempatan yang dipetik oleh Al Jazeera.

Daripada jumlah korban tersebut, 17 mangsa dikenal pasti sebagai wanita dan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Serangan dilaporkan tertumpu di Bandaraya Gaza dan Khan Younis, dengan puluhan lagi cedera dalam gelombang serangan yang berlaku secara berterusan sejak awal pagi.

Hospital-hospital di Gaza kini berdepan tekanan hebat untuk merawat mangsa, di tengah-tengah kekurangan bekalan perubatan dan gangguan bekalan elektrik.

Iklan

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran serius terhadap gencatan senjata yang diumumkan sebelum ini.

Organisasi Pertahanan Awam Palestin turut mengeluarkan amaran kepada penduduk agar menjauhi bangunan yang telah rosak teruk kerana risiko runtuhan susulan masih tinggi.

Iklan

Krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing dengan angka korban keseluruhan sejak Oktober 2023 kini melebihi 69,000 orang, menurut statistik rasmi pihak berkuasa Gaza. - Awani