PRODUK kesihatan AFYAA Sahiyya+ menetapkan sasaran jualan mencecah RM20 juta dalam tempoh setahun, didorong permintaan tinggi pengguna serta peluasan pasaran ke beberapa negara luar.
Menurut Pakar Pemakanan AFYAA, Hasif Ilyasa, momentum jualan menunjukkan prestasi luar biasa apabila Sahiyya+ berjaya merekodkan jualan lebih RM1 juta hanya dalam tempoh seminggu, sekali gus menggambarkan keyakinan pengguna yang semakin meningkat.
“Produk Sahiyya+ telah berada di pasaran lebih tiga tahun. Banyak testimoni positif diterima, namun keutamaan kami bukan ia semata-mata, sebaliknya bukti hitam putih berdasarkan kajian dan data saintifik,” katanya pada sidang media pelancaran produk itu di Melawati Mall pada Sabtu.
Majlis pelancaran selama tiga hari itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma serta cabutan bertuah.
Turut hadir, Trusted Brand Partner, AFYAA yang juga pelakon Zamarul Hisham serta artis berpengalaman, Kenji Sawahii dan Baggio.
Hasif menjelaskan keunikan Sahiyya+ terletak pada penggunaan bahan aktif berteknologi tinggi yang dipatenkan, ada kajian klinikal untuk membuktikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk.
Beliau berkata, AFYAA turut menjalankan kajian bersama Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat dan lebih banyak data saintifik sedang disediakan untuk dikeluarkan sebagai bukti tambahan keberkesanan produk.
Selain itu, Sahiyya+ turut menjalani ujian makmal bagi mengesahkan ia bebas bahan terlarang dan dadah serta mematuhi klasifikasi produk yang ditetapkan pihak berkuasa.
Sahiyya+ kini telah menembusi pasaran antarabangsa termasuk Australia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
AFYAA turut dalam proses memasuki lebih banyak negara, namun pendaftaran produk mengambil masa panjang dan tidak dapat didedahkan buat masa ini.
Mengulas isu produk tiruan, Hasif menjelaskan setiap unit Sahiyya+ dilengkapi kod QR dan nombor siri yang membolehkan pengguna menyemak keaslian melalui laman web rasmi AFYAA.
Bagi pengguna yang mengambil ubat hospital, Hasif menasihatkan supaya pengambilan Sahiyya+ dijarakkan sekurang-kurangnya dua jam daripada ubat harian, terutama ubat kolesterol, ubat kencing manis dan ubat cair darah.
Hasif berkata, komitmen AFYAA adalah memastikan produk yang dipasarkan bukan sekadar laris dijual, tetapi disokong oleh kajian saintifik yang kukuh dan standard keselamatan yang ketat.
Zamarul kongsi pengalaman amalkan Sahiyya+
Sementara itu, pelakon dan Trusted Brand Partner, AFYAA Sahiyya+, Zamarul Hisham berkongsi pengalaman peribadi yang mengubah kehidupannya selepas berdepan masalah kesihatan serius termasuk anxiety, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan gejala awal berkaitan jantung serta buah pinggang.
Menurutnya, tahun 2023 menjadi detik paling mencemaskan apabila beliau mengalami serangan anxiety sehingga ambulans terpaksa dipanggil sebanyak lima kali.
“Doktor turut memaklumkan bahawa simptom ‘angin’ dan anxiety boleh menjadi petanda kepada masalah jantung yang lebih besar.
“Saya tak pernah terfikir anxiety dan angin itu sebenarnya tanda awal jantung. Bila doktor terangkan, barulah saya faham betapa serius keadaan saya,” katanya.
Beliau yang turut mengambil dua jenis ubat cair darah memaklumkan produk tersebut tidak bercanggah dengan rawatan hospital, sekali gus membolehkan beliau mengamalkannya secara konsisten.
Beliau mendakwa, selepas penggunaan selama tiga bulan, keputusan pemeriksaan kesihatan menunjukkan perubahan ketara.
Jelasnya, perubahan awal yang paling ketara ialah peningkatan tenaga serta tubuh yang lebih segar ketika bekerja.
Zamarul berkata, AFYAA Sahiyya+ kini diformulasikan semula dengan bahan dipertingkatkan termasuk ekstrak bawang hitam berumur, menjadikan produk itu lebih kuat dan berkesan berbanding versi terdahulu.
“Dulu harga lebih RM200, jadi ramai takut nak cuba. Sekarang formulanya lebih baik tetapi harga diturunkan kepada sekitar RM100 lebih supaya semua orang boleh mencuba,” katanya.
Sebagai Trusted Brand Partner, fokus Zamarul adalah untuk berkongsi manfaat berdasarkan pengalaman sendiri, terutama bagi mereka yang mengabaikan tanda-tanda awal seperti kurang tidur, stres, tekanan darah tidak stabil dan kolesterol tinggi.
Untuk maklumat lanjut layari www. afyaa.com atau ikuti @afyaaofficial di media sosial.
INFO
1. Sahiyya+ menggunakan gabungan tiga bahan utama:
* Garlzac® – Ekstrak Bawang Hitam Berumur
* Cordiart™ – Ekstrak Kulit Oren Manis
* LipophytoI® – Fitosterol Pokok Pain
2. Garlzac® – Varian dinaik taraf
* Menggantikan varian ABG25+ terdahulu
* Mengandungi S-Allyl Cysteine (SAC) 50 kali ganda lebih tinggi.
* Penyerapan lebih optimum untuk keberkesanan maksimum.