Pengurus projek didenda RM60,000 gagal lapor rasuah

Iklan
Tertuduh didakwa gagal lapor pemberian suapan RM50,000 yang diterima melalui akaun bank milik isterinya. GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus projek sebuah syarikat konsesi lebuh raya didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas satu pertuduhan gagal melaporkan rasuah.

Mengikut kenyataan media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zairulnizam Rohani, 47, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail.

Iklan
Iklan

Menurut SPRM, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa gagal melaporkan pemberian suapan berjumlah RM50,000 yang diterima melalui akaun bank milik isterinya.

Iklan

Wang berkenaan sebagai balasan membantu sebuah syarikat mengambil alih kerja pembinaan bagi menyiapkan laluan utama dan kerja penyambungan struktur melibatkan suatu projek.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Alice Voon Mei sementara tertuduh diwakili peguam, Ridha Abdah Subri.