KUANTAN - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nurul Syuhada Mohd Faizal,15, dan rakannya, Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti, 14, semalam.