Polis Kelantan serah kertas siasatan 13 individu berhimpun depan Istana Negeri kepada pendakwa raya

Iklan
Mohd Yusoff (kanan) menyampaikan sijil penghargaan pada Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan 13 individu yang ditahan dalam perhimpunan di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini pada 11 November lalu kepada pihak pendakwaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Setakat ini belum ada pendakwaan, kita sudah serah kertas siasatan untuk pendakwaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Sinar Harian pada 13 November lalu melaporkan, siasatan awal polis mengesahkan kumpulan 13 individu yang ditahan dalam perhimpunan di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini mendakwa ingin menyerahkan barangan lama kepada pihak istana.

Iklan

Menurut Mohd Yusoff bagaimanapun ujian saringan awal air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.

Kata beliau, kejadian itu dikesan selepas Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima panggilan dari Balai Polis Kubang Kerian pada jam 11.40 pagi memaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan lelaki berhimpun di hadapan istana.

Iklan